Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN Fokus Calon Tempatan...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan memilih calon tempatan yang mempunyai rekod...

Ubah Suai Rumah Teres...

KUALA LUMPUR - Helah sindiket dengan menjadikan sebuah rumah teres yang diubah suai...

Datuk Antara Didakwa Anggotai...

KUALA LUMPUR - Sepuluh lelaki termasuk seorang bergelar 'Datuk', mengaku tidak bersalah di...

Video: Pakcik Tampar Pengutip...

MUNGKIN berang ditipu, seorang warga emas bertindak menampar pengutip derma di hadapan sebuah...

Tiada Kesilapan Dalam Kiraan Bil Elektrik

IPOH – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menepis dakwaan berlaku kesilapan dalam kaedah pengiraan bil elektrik sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga mengakibatkan ia melambung tinggi.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebaliknya rakyat terkeliru berhubung kaedah pengiraan bil utiliti berkenaan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kita faham bahawa ada kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai perkara ini, apa juga kaedah pengiraan TNB, ia (pengiraan) tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

“Kaedah pengiraan yang kita maklumkan kepada rakyat sebenarnya sudah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mengawal selia sebarang perkara berkenaan isu ini,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Shamsul Anuar berkata demikian selepas membuat lawatan kerja Pelaksanaan Projek Rangsangan Ekonomi di Pejabat Kawasan ST Perak, Jalan Greentown di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung rungutan orang ramai mengenai bil elektrik yang didakwa tiba-tiba melambung tinggi meskipun sudah dibayar.

Shamsul Anuar berkata, pihaknya sudah meminta TNB juga kementerian untuk meningkatkan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat berkaitan kekeliruan ini.


“Dalam apa keadaan, saya hendak menyatakan bahawa apa yang dijanjikan oleh kerajaan melalui pengumuman Perdana Menteri akan kita laksanakan kerana itu yang kita janjikan.

“Paling penting, kita akan meningkatkan lebih baik dari segi penjelasan kepada rakyat yang mungkin keliru mengenai perkara ini (kaedah pengiraan),” katanya.

Beliau berkata, TNB juga akan mula membuka kedai tenaga dan memperluaskan lagi ruang untuk rakyat mendapatkan penjelasan terperinci berhubung kaedah pengiraan itu.

“TNB akan menambahkan pembukaan kedai tenaga mulai 1 Jun ini di kebanyakan tempat supaya rakyat boleh berhubung dan mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengiraan.

“Saya meminta rakyat sekiranya ada apa-apa masalah boleh terus merujuk dan berhubung dengan TNB atau kementerian sendiri,” katanya.

Kategori