PUTRAJAYA – Kerajaan akan menutup premis yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP semasa pelaksanaan PKPB itu lebih ketat dan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan peniaga yang melanggar syarat ditetapkan.
“SOP dikenakan sangat ketat, jika ada premis yang langgar SOP kita akan tutup premis mereka. Kita tidak akan biarkan mereka berniaga lagi kerana tindakan mereka yang sudah melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP, di sini, hari ini.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini, bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.
Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal COVID-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.