KUALA LUMPUR – Individu yang berziarah pada hari pertama sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan bermalam di rumah yang dikunjunginya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.
“Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan untuk hari raya pertama sahaja berdasarkan SOP yang kita keluarkan sebelum ini.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Kalau kita raya 24 hari bulan dan selepas itu dia tidur di situ, lebih jam 12.01 tengah malam hari berikutnya, itu adalah salah dari segi SOP yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Kerajaan sebelum ini memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai, tahun ini, dihadkan kepada hari pertama perayaan.
Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
SOP mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.