Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sazali Fail Rayuan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung...

Iklan Gergasi Jatuh Hempap...

GEORGETOWN - Empat kereta mengalami kerosakan termasuk dua daripadanya rosak keseluruhan selepas dihempap...

Bajet 2017: Lagi 9...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Imigresen Bantu Militan Demi...

SEJAK setahun lalu, seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Sandakan dalam diam-diam menerima...

Walau Ada PKPB, Pintu Masuk Negara Masih Ditutup

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi mencegah penularan kes import COVID-19 di negara ini, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berbeza dengan Hokkaido, Jepun yang mana negara itu dibuka kepada warga asing sebaik saja perintah berkurung ditamatkan, yang menyebabkan kes jangkitan COVID-19 kembali naik mendadak.

“Mereka membuka negara dan membiarkan kemasukan warga luar ke negara itu, yang pada ketika itu musim bunga. Akhirnya berlaku kes import.

“Berbeza dengan Malaysia, kita masih menutup pintu masuk kepada warga asing. Sampai sekarang, lapangan terbang kita tidak menerima warga asing dan warga kita di luar negara akan dikuarantin wajib untuk menyekat kes import daripada berlaku,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Beliau berkata demikian susulan kegusaran dalam kalangan rakyat kemungkinan berlaku gelombang baharu seperti di Hokkaido selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bersedia jika berlaku sebarang peningkatan kes jangkitan dan akan terus melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkat (PKPD) jika berlaku satu kes positif di sesuatu kawasan.

“Kita bersedia membuat PKPD jika berlaku kes positif. Kita mampu (dan) bersedia kerana pendekatan kita sudah berbeza iaitu fokus pada kawasan bersasar yang mungkin membabitkan COVID-19,” katanya.


Ditanya mengenai kesediaan kerajaan dari segi kemudahan kesihatan jika berlaku peningkatan kes mendadak, Ismail Sabri berkata, kemudahan dan peralatan ketika ini mencukupi.

“Jika kita lihat, jumlah pesakit yang discaj lebih banyak dari yang sembuh. Kita bersedia dari segi katil, unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

“Bagi ujian saringan, pada permulaannya tidak banyak dan kita sasarkan 16,000 saringan sehari. Kini, kita sudah mampu melakukan lebih daripada 16,000 ujian,” katanya.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei.

PKPB membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – BH Online

Kategori