KELANTAN kembali mencatatkan kes Covid-19 dengan kes terbaharu dipercayai di Kuala Krai membabitkan seorang wanita mengandung.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin.
“Daripada maklumat yang saya terima apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas sempadan.
“Mangsa (pesakit) balik apabila sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi dikatakan mangsa positif dan sedang dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini. – myMetro Online