Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Dibuka Rendah...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah pagi ini...

Kedah Senaraikan 18 Barangan...

ALOR SETAR - Sebanyak 18 jenis barang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga...

Izzah Dakwa Guru Hanya...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa...

M’sia-Ukraine Setuju Tubuh Suruhanjaya...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan suruhanjaya perdagangan bersama bagi...

Waspada ‘Raya’ Dengan COVID-19 Pada Aidilfitri Ini

KUALA LUMPUR – Kepulangan puluhan ribu rakyat menjelang Aidilfitri, bukan sekadar diiringi keterujaan untuk pulang beraya, malah berkemungkinan membawa wabak COVID-19 dan menyebarkan virus berkenaan ke kawasan pedalaman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika mengutarakan kebimbangan itu, berkata segenap lapisan masyarakat tidak harus memandang enteng risiko sedemikian kerana ia berupaya mencetuskan peningkatan dalam kes harian COVID-19.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak terbabit sempena musim perayaan yang bakal disambut umat Islam, Ahad ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Akur pada SOP, iaitu mengamalkan penjarakan sosial, mengelak daripada berada di ruang sempit dan persekitaran dibanjiri orang ramai.

“Kita perlu putuskan rantaian penularan virus ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, tengah malam tadi.

Saranan di media sosial yang acap kali diutarakan Ketua Pengarah Kesihatan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, termasuk gesaan supaya kerajaan menarik balik kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengembalikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Sukirtha Letchimanasamy, berkata pelaksanaan PKPB tidak berupaya menjadi pemangkin ke arah usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19, memandangkan orang ramai masih mengambil remeh bahaya jangkitan wabak berkenaan.

“Maaflah Datuk, selagi PKPB dilaksanakan, kita tidak boleh menaruh harapan sangat pada rakyat kerana mereka tidak tahu betapa serius wabak ini, tetapi masih menikmati pelbagai kelonggaran.


“Mengenali sikap masyarakat kita, PM (Perdana Menteri) mesti tarik balik PKPB dan terus kekal dengan pelaksanaan PKP,” katanya.

Mengemukakan maklum balas terhadap gesaan itu, Dr Noor Hisham berkata, percaturan untuk terus melaksanakan PKP akan menyebabkan Malaysia tidak mempunyai pelan pasca pandemik COVID-19.

“Ini kerana virus COVID-19 akan kekal berada dalam persekitaran kita untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham menjelaskan, setakat semalam, hanya Perlis yang masih kekal sebagai Zon Hijau untuk tempoh lebih 28 hari.

Katanya, penduduk di negeri paling utara Malaysia itu sekali gus harus menggalas peranan penting untuk memastikan segenap kawasan mereka kekal sebagai zon hijau.

“(Ia termasuk) memperkasakan masyarakat dan komuniti setempat bebas daripada COVID-19,” katanya.

Kategori