Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amanat Jelas Perpaduan, Prasyarat...

KUALA LUMPU - Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan...

Peluang Jadi Abam Lori...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Institut Memandu dan Association of...

Universiti Malaya Dakwa Fahmi...

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab...

Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan...

TOKYO: Jepun akan memperketatkan langkah kawalan sempadan ke atas pengembara dari China apabila...

Anak Mat Sabu Kena Penjara 8 Bulan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap anak Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tahun lalu.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin RM9,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Terdahulu, Mohamad Aizat dalam penghakimannya, berkata sepanjang masa material, mahkamah berpuas hati keterangan tertuduh tidak disokong oleh mana-mana bukti lain dan menjadikan versi pembelaan tidak kredibel serta tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.

Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.


Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ahmad Saiful dalam rayuannya menerusi peguam Datuk Nicholas Kow memohon dikenakan bon kelakukan baik mengikut Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah.

“Tertuduh mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan isteri tidak bekerja dan penanggung tunggal keluarga. Tertuduh sudah memberikan kerjasama penuh dan patuh dengan semua arahan mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, membantah rayuan itu dengan mengambil kira faktor kekerapan pengambilan dadah di kalangan masyarakat

“Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat,” katanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan bermula 15 Oktober 2019, pendakwaan memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan, manakala pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk tertuduh. – BH Online

Kategori