Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Netizen Kecam Bapa Ajar...

SEORANG lelaki di Turki dikecam netizen selepas tersebarnya video yang mengajarkan anaknya menggunakan...

Lebih 200 Tahfiz Tidak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 252 pusat tahfiz di seluruh negara didapati tidak mematuhi...

‘Politik Melampau’ Punca Ridhuan...

Berikutan larangan terhadap penceramah sensasi, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada memasuki Sarawak bagi...

PAS Bantu Tok Mat...

PAS buat ketetapan untuk sokong Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam...

Anak Peneroka Felda Calon BN Bagi PRK DUN Chini

GENERASI kedua Felda Mohd Sharim Md Zain diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, Pahang, hari ini yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Mohd Sharim adalah anak tempatan Chini yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan.

Beliau seorang peniaga yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan dan Naib Presiden Majlis Belia Pahang.

Wan Rosdy berkata, Mohd Sharim dipilih daripada 12 calon bagi mewakili belia di kawasan berkenaan yang mencecah 56. 9 peratus daripada jumlah pengundi.

“Kriteria utama calon dipilih adalah yang boleh diterima masyarakat dan Sharim memenuhinya,” katanya pada sidang media selepas pengumuman itu.

Dalam pada itu, Najib yang diberi mandat memilih calon bagi PRK itu berkata, Mohd Sharim anak tempatan yang pernah bekerjasama rapat dengan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, penyandang kerusi Dun berkenaan.

“Kita cuba mencari calon yang disenangi semua pihak dan tidak banyak masalah. Dia faham dan masak dengan selok-belok (Dun), masyarakat Chini dan sebagainya.

“Ini bukanlah keputusan bersendirian, sebaliknya saya sentiasa berunding dengan Wan Rosdy dan Parlimen (Pekan) supaya kita capai kata sepakat (dalam pemilihan calon),” katanya.


Menurutnya, keputusan juga mengambil kira 82 peratus pengundi Dun itu yang terdiri daripada rakyat Felda namun, 8,500 orang pengundi luar.

Mohd Sharim pula mengucapkan penghargaan atas pemilihannya dan berjanji untuk memenuhi tanggungjawab diberikan dengan penuh amanah.

“Janji saya sebagai orang muda untuk teruskan legasi arwah ayahanda dan guru saya di Felda Chini, Datuk Abu Bakar,” katanya.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Abu Bakar akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.

Ia dijadualkan pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065). – myMetro Online

Kategori