Memalukan…
Mungkin itu yang dapat disimpulkan mengenai sikap segelintir netizen warga Malaysia yang berkunjung ke Instagram seorang penari Korea hanya kerana namanya Babi_ fly.
Mungkin ada yang beranggapan mereka bergurau, tetapi So Young ( nama sebenar wanita itu) sebaliknya merasa kurang senang.
Dia terpaksa mengeluarkan satu status khas membidas sikap netizen Malaysia yang berkunjung ke akaunnya semata-mata untuk mengutuk namanya.
“Kenapa kamu berbuat begini kepada saya?
” Adakah kerana nama saya adalah bahan gurauan kamu semua,”
Luahan di atas hanya sebahagian pada status panjang lebar wanita itu meluahkan rasa kecewanya.
Nasihat penulis kepada semua, hentikan la perangai yang buruk pada budak-budak ini.
Apa yang anda lakukan bukan sekadar bersifat buli siber, ia juga memalukan Malaysia di mata rakyat Korea. – MYNEWSHUB