Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

PDRM Siap Siaga Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam...

Singapura Lapor Tiga Kes...

SINGAPURA - Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes...

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan...

PRN Sarawak: BN Lancar...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto dengan menggariskan 15...

Guru Maut Dipanah Petir

DALAT – Seorang guru maut selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bungan Besar, Batang Igan dekat sini menuju ke Sungai Kut dengan menaiki perahu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata seorang doktor dari Hospital Dalat mengesahkan Alvin Chelen, 22, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat di panah petir dalam kejadian itu, dan kesan terbakar juga dapat dilihat pada rambut dan baju guru berkenaan.

“Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.00 petang tadi tidak jauh dari  Rumah Panjang Penguang semasa guru itu sedang dalam perjalanan balik dari sekolah menuju ke Sungai Kut, Dalat. Dia sedang mengemudi perahu panjang itu seorang diri semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata ada dua orang saksi kejadian yang mengekori perahu itu menggunakan sebuah perahu lain kira-kira 25 meter di belakangnya, dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

“Menurut saksi, mereka dapat melihat panahan petir dari langit tiba-tiba menyambar guru itu sehingga menyebabkan dia rebah dalam perahunya,” katanya, sambil menambah saksi-saksi itu kemudiannya menunda perahu berkenaan hingga ke jeti Sungai Kut sebelum menghubungi polis.

Mayat telah dihantar ke Hospital Dalat untuk tindakan lanjut.

Kategori