Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

HPP Cari Waris 2...

GEORGE TOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) sedang mencari anggota keluarga terdekat dua...

Mahathir Perlu Berani Rombak...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berani membuat rombakan...

Lelaki Warga Asing Disyaki...

KUCHING - Seorang lelaki warga Indonesia disyaki maut terkena kipas sebuah kapal di...

Puteri UMNO ‘Boo’ Kerajaan...

MARAH... Sebagai mana kebanyakan rakyat yang meluat dengan sikap mungkir janji kerajaan Pakatan...

Kerajaan Mungkin Batal Rancangan Beli Lebuh Raya Gamuda

KERAJAAN sedang memikirkan untuk membatalkan cadangan mengambil alih lebuh raya dalam bandar milik Gamuda Bhd, menurut sumber.

Bercakap kepada FMT, sumber berkata Kabinet bersetuju untuk mengkaji semula rancangan itu, yang dibuat oleh pentadbiran lepas.

“Ini akan menjadi suatu ‘bailout’,” kata sumber itu. “Kenapa kerajaan harus ambil alih konsesi yang akan tamat?”

“Nasib baik ia tidak diselesaikan oleh Pakatan Harapan. Ini hanya beberapa orang sahaja yang mendesaknya. Saya percaya kerajaan baru sedang mengkajinya dengan pandangan untuk membatalkan keputusan kerajaan sebelum ini.”

Kerajaan PH tahun lepas mengumumkan ia akan mengambil alih lebuh raya Kesas, SPRINT, Litrak, dan SMART untuk RM6.2 bilion.

Pada Disember, ia dilaporkan tarikh akhir untuk selesaikan rundingan tentang pemerolehan itu dilanjutkan buat kali ke-3 sehingga 29 Februari.

Beberapa pihak menimbulkan persoalan mengenai nasib pengambil alihan itu sejak perubahan kerajaan pada Februari.

Perunding pengangkutan, Goh Bok Yen beritahu FMT Putrajaya wajar membatalkan rancangan itu.


Beliau berkata sebab untuk rancangan itu adalah untuk memenuhi suatu janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Penilaian kewangan komprehensif mungkin tidak dijalankan ke atas idea itu semasa manifesto itu dirangka, katanya.

Goh berkata orang ramai sudah bertahun-tahun membayar untuk menggunakan lebuh raya itu dan tidak masuk akal untuk belanja berbilion ringgit untuk memulihkan apa yang difikirkan sebagai ketidakadilan dalam perjanjian konsesi.

“Kita tidak akan dapat 1 inci pun jalan baru,” katanya. “Ia tidak akan baiki rangkaian pengangkutan dan wang itu hanya pergi ke sebuah pertubuhan swasta.”

“Kerajaan patut biarkan konsesi itu tamat dan gunakan wang berbilion ringgit itu untuk baiki lebuh raya atau bina jalan alternatif supaya pengguna ada pilihan dan kita boleh kurangkan kesesakan.” – FMT

Kategori