Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pak Nil Turut Ceriakan...

MERIAH... Figura popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi hadir menceriakan sesi persekolahan hari...

Bomba Nafi Lewat Tiba...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu...

Bunuh, Bakar Kekasih Hamil:...

Mahkamah Tinggi di Klang hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya...

Wanita Dakwa Dibuli ‘Samseng...

SEMALAM kecoh di laman Facebook mengenai dakwaan insiden samseng jalanan di Lebuhraya PLUS...

Laporan Polis Beramai-Ramai Ke Atas Guan Eng

BERIKUTAN pendedahan surat Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 yang tular di media sosial, Pemuda PAS percaya bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan, atas kapasiti jawatannya pada ketika itu, cuba mencampuri urusan siasatan dan mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah.

Oleh itu, Pemuda PAS Malaysia mengarahkan semua Pemuda PAS di peringkat Kawasan dan Negeri untuk membuat laporan polis dan laporan SPRM ke atas Lim Guan Eng.

Kami percaya bahawa perkara ini haruslah disiasat dengan seadil-adilnya, dan didakwa sekiranya terbukti ada unsur jenayah kolar putih berlaku dalam kes ini.

Pemuda PAS percaya pendedahan ini adalah suatu yang amat mengejutkan dan berkemungkinan akan membuka kepada lebih banyak skandal dan rasuah yang dilakukan di zaman pentadbiran Pakatan Harapan.

Kita harapkan agar suatu penyiasatan yang tegas dilakukan berikutan pendedahan ini.


IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kategori