Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

31 Pelajar Ditahan Dalam...

KUANTAN – Seramai 31 pelajar sekolah disyaki ponteng sekolah ditahan dalam Operasi Cegah...

Peminat Cuba Runtuhkan Rumah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel nyaris...

Pengguna Di Pahang Lega,...

KUANTAN - Peniaga ayam di daerah ini kini mampu menarik nafas lega apabila...

Pari Gergasi 305 Kilogram...

TUAH... Seorang nelayan di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu, Sarawak berjaya 'menawan' dua ekor...

Luahan Hati Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera

LUAHAN dari sahabat pengusaha stesen minyak…(dihantar melalui email kepada pihak Mynewshub, penulis merayu namanya tidak disiarkan).

ISI PETRONAS SAHAJA

1. Kami faham bahawa bersikap Patriotik dan Nasionalis adalah suatu tanggungjawab setiap warganegara yang cintakan negara.

2. Begitu juga dengan kempen BMF (Buy Bumiputera First). Kempen BMF ini bukan bererti memboikot produk-produk lain, namun ianya hanya mengutamakan produk bumiputera dahulu agar mereka mampu bertahan dan berdaya saing.

3. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa ramai pengusaha-pengusaha stesen minyak juga adalah orang Melayu bumiputera iaitu mungkin sebanyak 50% daripada jumlah semua pengusaha stesen minyak.

4. Kempen isi Petronas sahaja ini dikhuatiri memberi kesan kepada pengusaha-pegusaha stesen minyak Melayu yang bukan berjenama Petronas.

5. Kempen ini sebenarnya disambut baik oleh orang Melayu yang sebelum ini rata-ratanya memilih untuk isi distesen orang Melayu tidak mengira jenama.

6. Stesen pengusaha bukan Melayu kurang terjejas oleh kerana pangkalan pelanggan (customer base) mereka majoriti adalah bukan Melayu yang mana mempunyai kuasa membeli yang lebih besar seperti syarikat-syarikat pengangkutan, kilang, dan lain-lain.

7. Disebuah negeri kecil yang mempunyai 50 stesen jenama X. Seandainya 50 stesen ini tidak mengira bangsa pengusahanya mereka membayar cukai RM20,000.00 (Contoh Sahaja). Jumlah kutipan cukai adalah RM1 juta dari negeri yang kecil ini.

8. Seluruh negara jenama X mempunyai 1000 stesen jumlah cukai yang dibayar adalah RM20 juta kepada sumber pendapatan negara.

9. Dari 1000 stesen jenama X ini 500 adalah orang Melayu Islam yang juga memilih untuk membayar pungutan Zakat.

10. Ya Benar jika isi di Petronas mereka juga akan membayar cukai dan Zakat. Ini tidak dapat dinafikan sama sekali.

11. Cuma Apa yang akan terjadi adalah 500 pengusaha Melayu jenama X akan terjejas pendapatan dan minta dijauhkan akan terpaksa menghentikan operasi perniagaan. Mungkin bangsa lain yang mempunyai modal yang banyak akan mengambil alih.


12. Selain itu Jenama X yang mempunyai 1000 stesen (pemilik tidak mengira bangsa) menggaji anggaran 10,000 pekerja. 80% daripada pekerja ini adalah orang Melayu mungkin juga terjejas pendapatan atau hilang pekerjaan.

13. Tolonglah jangan membuat andaian stesen minyak hanya menggaji warga asing. Perhatikanlah dengan hati yang terbuka.Ianya hanya berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Itu pun bukan atas kehendak mereka. Anak tempatan dibandar besar mungkin memilih kerjaya yang lebih stabil.

14. Pekerja Melayu di stesen-stesen minyak ini ramai adalah dari dikalangan orang kampung, tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ibu tunggal dan orang kurang upaya. Kemana mereka akan pergi sekiranya mereka akan hilang pekerjaan?

15. Apabila pengusaha dan pekerja stesen Melayu ini hilang pendapatan mereka hilang kuasa membeli. Ini mempunyai kesan domino kepada kerancakkan ekonomi negara kerana menurunnya kuasa membeli.

16. Ini juga mempunyai kesan domino kepada ekonomi orang Melayu yang lain kerana orang Melayu yang hilang pendapatan ini jugalah yang sebenarnya berjihad membantu ekonomi orang Melayu.

17. Orang-orang Melayu ini lah yang membeli makanan di gerai, mengambil insurans dari agen Melayu, membeli tudung dari usahawan online Melayu dan macam-macam lagi.

18. Di stesen minyak orang Melayu juga lah yang mungkin menjual sehingga puluhan produk orang Melayu seperti kerepek, kuih-muih, kek, Dwangi, DeXandra dan lain-lain produk.

19. Walaupun tertekan dengan suasana hari ini Yakin lah jihad utama usahawan Melayu Islam pada waktu ini adalah untuk mengekalkan pekerjaan dan membayar gaji bagi anak-anak buah. Keuntungan bukanlah keutamaan pada waktu ini.

20. Ketika keadaan yang amat getir ini disebabkan penularan wabak covid-19 dan arahan PKP sama-samalah kita berdoa agar semua usahawan Melayu Islam diberikan kekuatan luar biasa serta mampu berjihad atas kapisiti masing-masing keatas ujian yang luar biasa ini juga.

Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIM…
Kepadamu kami berlindung dan kepadamu jua tempat kami mengadu. Berikanlah kami Perlindungan dan Kekuatan dalam mengharungi ujianmu ini.

آمِيّنْ ..آمِيّنْ ..آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Kategori