Ada yang tanya,
“Boleh ke DS Najib Razak menang kes #SRC ni?”
Jujurnya saya tak pasti. Dari segi fakta dan hujah pasukan pembelaan, jelas DS Najib dianiaya.
Sudah tentu jika beliau menang, akan ada persepsi beliau bebas kerana PN sudah menjadi kerajaan sekarang.
Tetapi kena ingat, walaupun kerajaan bertukar, hakim yang mendegar kes ini tidak ditukar. Hanya Tommy Thomas saja yang meletakkan jawatan.
Ok, jika DSN menang atau kalah sekalipun, sudah tentu kedua dua pihak akan membawa keputusan kes ini ke mahkamah rayuan. Ia tetap akan memakan masa.
Apa sekalipun, DS Najib adalah contoh terbaik orang yang memegang prinsip “berani kerana benar” sebab beliau sendiri meminta untuk dibicarakan secara adil dan disoal balas oleh pasukan pendakwaan dalam kandang saksi.
Malah, beliau pernah meminta agar kes beliau dibuat secara live untuk rakyat menilai sendiri perjalanan kes tersebut.
Tekanan yang diberikan oleh pasukan pendakwaan bukan calang calang. Menariknya, Najib membuktikan beliau tetap tenang sehinggakan pihak pendakwaan pun mati akal dengan jawapan beliau yang sangat konsisten.
Jadi bilanya keputusan kes SRC ini akan diketahui? Rabu ini kah? Tidak.
3 hari ini adalah sesi penghujahan lisan dari pihak pembelaan sahaja. Nak tahu keputusan, kena tunggu.
Kita hanya perlu bantu sebarkan fakta dan banyakkan berdoa agar urusan DSN dipermudahkan. Kepada Allah kita berserah.
RF
Tel Aviv.