Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kejayaan V Shem-Wee Kiong...

KUALA LUMPUR - Kejayaan beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong...

Terbaiklah Pak Cik Grab!...

KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna perkhidmatan GrabCar atau Uber pasti akan berdepan dengan...

2 Lagi Kanak-Kanak Dijangkiti...

KUALA LUMPUR - Dua lagi kanak-kanak disahkan dijangkiti virus polio, pesakit kedua dan...

Penjawat Awam Individu Paling...

KUALA LUMPUR - Saban tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima jutaan permohonan daripada...

Pengeluaran Penuh KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada ahli bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan mengenai cadangan menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

KWSP bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia itu untuk pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan.

Katanya, ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya. – BERNAMA

Kategori