Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terus ‘Jaga’ Keluarga Walaupun...

JASIN - Muhammad Haiqal Roslan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lynas Boleh Terus Beroperasi...

TOKYO – Malaysia akan terus membenarkan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corp beroperasi,...

Terlalu Bergantung Kepada Hutang...

KUALA LUMPUR - Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran...

2 Pegawai Imigresen Ke...

KANGAR - Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh...

Petisyen Tuntut Lim Kok Wing Turun Poster King Of Africa

KUALA LUMPUR – Satu petisyen telah dimulakan oleh seorang individu menggunakan nama Sam Chin yang mendesak Tan Sri Lim Kok Wing (LKW) dan pihak universitinya menurunkan sebuah poster gambar beliau bersama seekor Cheetah dan gambar beliau dikelilingi sejumlah pelajar Afrika berkulit gelap.

Pelajar-pelajar berkenaan dikatakan berasal dari negara Sierra Leone.

Pada bahagian gambar karikatur beliau dengan haiwan berkenan, turut tertera ayat King Of Africa (Raja Afrika).

Menurut Sam Chin dalam ruangan penjelasan mengapa beliau memulakan petisyen itu, para pelajar negara berkenaan sangat kecewa dengan poster bersifat menghina itu namun tidak berani bersuara kerana bimbang visa pendidikan mereka ditarik balik.

“Poster ini sangat merendahkan jati diri pelajar Afrika,” jelasnya.

Ketika berita ini ditulis pihak Mynewshub pada petang 10 Jun , sudah ada hampir 5,000 orang yang menurunkan tandatangan tanda bersetuju dengan kandungan dan maksud petisyen berkenaan.

Selain menuntut LKW menurun atau memadamkan poster berkenaan, beliau juga didesak agar membuat permohonan maaf secara formal kepada para pelajarnya yang berasal atau berada di benua Afrika.


Berikut adalah salinan sebab petisyen berkenaan dimulakan dalam bahasa Inggeris.

The BLM movement has been a wake up call from our world of privilege to see that Malaysia is NOT exempted from being racist.We have work to do Malaysians.This Billboard is a poster of Lim Kok Wing claiming to be King of Africa. The photo shows him in the center of his Sierra Leone students, celebrating him. There is nothing wrong in the use of this particular photo. However, I HEAVILY disagree with how it has been executed. Black students in Lim Kok Wing University are angry and hurt by the insensitivity of LKW’s action. However, they are unable to speak out in fear of them losing their visa and encountering issues with malaysia’s immigration – A recent case in 2019, Thomas Orhions Ewansiha, he was a Nigerian student who passed away whilst under immigration custody. Let us speak out for them!Why is this WRONG?1. It is incredibly condescending as it portrays him as a savior. This perpetuates the notion that black people need saving, taking away their power and psychologically placing them in an inferior role. The use of a jungle animal and reference to “king” perpetuates ideas of Africa as one big jungle and adds to the (wrongful) animalistic characterization of the students.2. The photo has been edited to increase the horde of black students surrounding him, further painting him as a ‘Hero’. This paints a picture of these students lacking individuality perpetuating the notion that all black people are the same. As you can see in the before and after photo, the photo (though I cannot say intentionally) has been causing them to mold into one! NOT OKAY.3. The use of the photo of his students in Sierra Leone pressing up against him is a common photo used by the media to portray black people as ‘savage’ and ‘animalistic’. This may not have been his intention; however, I implore you to consider the implications of using photos like this knowing the current climate of the world and its views on people of African descent. They have a beautiful history of Grace, of Power, of Kings & Queens and it is a Shame that people do not use photos like that to advertise the culture and lineages that Africa truly has.Lastly, if this poster is meant to highlight his many campuses in Africa, it has FAILED to do so. What it does portray is how absolutely narcissistic he is and how he DEHUMANIZES his students in these campuses whilst profiting off of them. If he is profiting off of Black people, he should make an effort to also stand up for them in this #BlackLivesMatter movement and show his many students a decent amount of RESPECT. This poster needs to be TAKEN DOWN A FORMAL APOLOGY should be given to his African students.This is ignorant. This is insensitive. This is completely unacceptable behavior. I have also included a template from Killing Georgina to showcase what a sincere apology looks like. You can also donate to her in an effort to support Black Artist/Creators.Please share this so that it may grab the attention of the right people so that a change can be made….

(Terjemah adalah oleh pihak Mynewshub, versi asal dalam Bahasa Inggeris di atas adalah versi paling tepat dan muktamad andai ada percangahan maksud antara kedua bahasa. Hanya sebahagian sahaja terjemahan yang dipamerkan) .

Papan Iklan ini adalah poster Lim Kok Wing yang mengaku sebagai Raja Afrika. Foto itu menunjukkan dia berada di tengah-tengah pelajar Sierra Leone, meraikannya. Tidak ada yang salah dalam penggunaan foto ini. Walau bagaimanapun, SAYA TIDAK setuju dengan mesej disebalik gambar itu. Pelajar kulit hitam di Universiti Lim Kok Wing marah dan terluka dengan sikap tidak sensitif terhadap tindakan LKW. Namun, mereka tidak dapat bersuara kerana takut kehilangan visa dan bimbang berhadapan masalah dengan imigresen Malaysia – Kes baru-baru ini pada tahun 2019, Thomas Orhions Ewansiha, dia adalah seorang pelajar Nigeria yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan imigresen. Mari kita bersuara untuk mereka! Mengapa ini SALAH? 1. Ini sangat menghina kerana menggambarkan dia (Lim Kok Wing) sebagai penyelamat. Ini mengabadikan tanggapan bahawa orang kulit hitam perlu penyelamat, mengambil kuasa mereka dan secara psikologi menempatkan mereka dalam peranan yang lebih rendah. Penggunaan haiwan hutan dan merujuk kepada “raja” mengabadikan idea bahawa Afrika sebagai satu hutan besar dan menambah ciri-ciri haiwan (secara salah) dalam kelompok pelajar. 2. Foto itu telah diedit untuk meningkatkan gerombolan (jumlah) pelajar kulit hitam yang mengelilinginya, melukisnya sebagai ‘Pahlawan’. Ini menggambarkan bahawa pelajar-pelajar ini tidak mempunyai keperibadian yang mengabadikan tanggapan bahawa semua orang kulit hitam adalah sama. Seperti yang anda lihat di foto sebelum dan sesudah, foto (walaupun saya tidak dapat mengatakannya dengan sengaja) telah menyebabkan mereka membentuknya! TIDAK OKEY. 3. Penggunaan foto pelajarnya di Sierra Leone sebenarnya adalah foto yang kerap digunakan oleh media untuk menggambarkan orang kulit hitam sebagai ‘biadab’ dan ‘bersifat binatang’. Ini mungkin bukan niatnya; namun, saya meminta anda untuk mempertimbangkan implikasi penggunaan foto seperti ini mengetahui suasana dunia semasa dan pandangan umum terhadap orang-orang keturunan Afrika. Mereka mempunyai sejarah Grace, Power, Kings & Queens yang indah dan memalukan bahawa orang tidak menggunakan foto seperti itu untuk mengiklankan budaya dan keturunan yang benar-benar dimiliki Afrika. Terakhir, jika poster ini bertujuan untuk menonjolkan banyak kampus di Afrika, maka GAGAL (Lim Kok Wing) gagal menyampaikan mesej itu. Apa yang ditunjukkannya adalah betapa narsisnya dia (mengagungkan diri sendiri) dan bagaimana dia memandang pelajarnya di kampus-kampus ini tetapi pada masa yang sama mengaut keuntungan dari mereka. Sekiranya dia mengaut keuntungan dari orang kulit hitam, dia harus berusaha juga untuk membela mereka dalam gerakan #BlackLivesMatter ketika ini dan menunjukkan rasa hormat kepada muridnya. Poster ini perlu di turunkan dan satu permohonan maaf secara formal dibuat kepada pelajarnya di Afrika. Ini tidak dipedulikan. Ini sikap tidak sensitif. Ini adalah tingkah laku yang sama sekali tidak boleh diterima….. – Mynewshub.TV

Kategori