Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Aplikasi Nuklear Dalam Pertanian...

PADANG TERAP - Aplikasi nuklear dalam bidang pertanian terutama dalam penghasilan benih cendawan...

Democratic Islamic Party (DIP)...

BUNYINYA hampir kedengaran seperti Democratic Action Party (DAP) iaitu parti sekutunya dalam gabungan...

Lelaki Jubah Putih Sujud...

SUBHANALLAH... Satu rakaman video tular dalam kalangan pengguna media sosial yang menunjukkan seorang...

Etnik Rohingya Bersyukur M’sia...

KUALA LUMPUR - Etnik Rohingya di Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana...

PPBM Tak Tanding PRK Chini, Akan Sokong Calon BN

PETALING JAYA – PPBM memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang pada 4 Julai ini, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, PPBM sebaliknya akan menyokong calon pilihan Barisan Nasional yang akan mewakili Perikatan Nasional.

“Seluruh jentera PPBM juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, PKR dan PAS mengumumkan mereka tidak akan bertanding pada PRK Chini.

Pada 6 Jun lalu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar pula dilaporkan berkata, calon BN yang akan mewakili PN berpeluang besar mempertahankan kerusi DUN itu.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail pula memohon semua parti politik dan calon bebas memberi laluan kepada BN untuk menang tanpa bertanding pada PRK Chini.


Penamaan calon PRK Chini ditetapkan pada 20 Jun ini, manakala pengundian awal pada 30 Jun dengan tempoh berkempen 14 hari.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Abu Bakar yang mewakili BN pada pilihan raya umum 2018 berjaya mempertahankan kerusi disandangnya itu dalam saingan 3 penjuru dengan majoriti 4,622 undi, mengetepikan calon PAS yang mendapat 5,405 undi dan calon PKR mewakili Pakatan Harapan yang meraih 1,065 undi.

DUN Chini terletak di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri, Najib Razak. – FMT

Kategori