Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Akan Bawa 44...

KOTA BHARU - Sebanyak 44 kes bersabit kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga...

Pegawai Peluru Berpandu Taiwan...

TAIWAN: Seorang pegawai tertingi yang terlibat dalam penghasilan peluru berpandu Taiwan ditemukan mati...

Warga Emas 96 Tahun...

KOTA BHARU - "Saya tidak pernah ketinggalan keluar mengundi sama ada pada pilihan...

11 Wanita Disyaki Terbabit...

Labuan : Sebelas wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral...

Tiga Kes Baharu COVID-19, Babit Satu Warganegara

KUALA LUMPUR – Kes COVID-19 hari ini mencatatkan satu angka dengan tiga kes baharu yang hanya melibatkan penularan tempatan.

Kes baharu itu mencatatkan angka antara paling rendah selepas hanya dua kes baharu pada 10 Jun lepas selain tiada kematian dicatatkan, menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,590 kes. 

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Semua kes baharu yang dilaporkan hanya kes penularan di dalam negara, iaitu dua kes bukan warganegara dan satu kes warganegara manakala tiada kes import dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori