Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ujian RTK-Ag Dijalankan Seminggu...

KUALA LUMPUR - Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 perlu dikendalikan oleh...

Pemergian Allahyarham Mohd Kamal...

BANGI - Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menyifatkan pemergian bekas...

Dua Lemas, Seorang Hilang...

TAIPING - Dua pemancing ditemukan mati lemas pagi tadi, manakala seorang lagi yang...

Gadis Malang Dirogol ‘Kawan’...

PERKENALAN singkat membawa malang kepada gadis selepas dia dirogol temannya itu di taman...

53 Motosikal, 8 Kereta Hangus Di PPR Gombak Setia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan parkir Blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Perumahan Bandaraya Gombak Setia musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi menggerakkan empat jentera bersama 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II, Kup Zaid Zainal, berkata pasukan bomba tiba ke lokasi pada jam 5.15 pagi dan mendapati api ketika itu sedang marak.

“Kebakaran membabitkan 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan perumahan terbabit.

“Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.47 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya lagi, kebakaran menyebabkan 53 motosikal itu musnah seratus peratus manakala lapan kereta terbakar antara 60 hingga 80 peratus.

Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BH Online

Kategori