Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apakah Prorog Parlimen?

KUALA LUMPUR - Kehangatan senario politik negara ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu...

1 Pertiga Daripada Populasi...

PUTRAJAYA - Sebanyak satu pertiga daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi...

Johor Mula Dilanda Banjir,...

Johor menjadi negeri terkini dilanda bencana banjir apabila dua daerah di negeri itu...

RPK Imbau Kes 1MDB...

BEBERAPA kenalan telah menghubungi saya untuk bertanyakan sama ada saya akan memberikan reaksi...

Boleh Pasang Khemah Di Masjid, Surau Untuk Solat

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pemasangan khemah di pekarangan masjid dan surau bagi tujuan jemaah mendirikan solat, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bagaimanapun kelonggaran itu hanya terhad dalam kawasan pagar masjid sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bila kita benarkan kapasiti solat ikut saiz masjid dan surau, kita juga benarkan solat di pekarangan masjid dengan syarat ada penjarakkan sosial.

“Tetapi kalau tidak cukup, dibenarkan pasang khemah namun SOP mesti dipatuhi iaitu saring suhu, ambil nama dan nombor telefon dan juga jaga penjarakkan sosial,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran untuk membenarkan masjid dan surau memperluas kapasiti solat Jumaat dan solat berjemaah mengikut saiz dan ruang solat sebelum ini juga terpakai bagi rumah ibadat bukan Islam tertakluk pada pematuhan SOP.

“Bagi upacara keagamaan Kristian di gereja yang dijalankan dalam pelbagai bahasa, mereka dibenar mengadakan upacara berkenaan secara bergilir,” katanya.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan operasi sekolah memandu dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 malam.

“Waktu kursus dan latihan pemanduan dibenarkan dari jam 8.30 pagi hingga jam 8 malam serta kapasiti pekerja dibenarkan 100 peratus tertakluk semua SOP ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai pasar raya yang gagal menyediakan cecair pensanitasi tangan untuk pelanggan yang mahu memasuki premis mereka katanya, premis itu boleh diambil tindakan kompaun atau ditutup.

“Tiga syarat utama SOP adalah menyaring suhu, ambil maklumat dan sediakan hand sanitiser, jika salah satu tidak dipenuhi maka premis itu telah melanggar SOP, jadi diharap mereka bekerjasama berbanding mengalami kerugian lebih besar akibat dikompaun atau ditutup,” katanya. – BERNAMA

Kategori