Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usahawan PKS Sabah Digesa...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri menggesa semua usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan...

Khalid Ismath Tak Cover,...

Susulan berita 'kelibat' bendera Malaysia berkibar di Karbala, Iraq sempena sambutan Arbain oleh pengikut...

Kecualikan 1,359 Banduan Akhir

Kuala Lumpur : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan mengecualikan pelaksanaan hukuman mati terhadap...

Melayu Perantau, Bukan Pendatang...

Lanjutan dari kenyataan wakil Gerakan Johor, Tan Lai Soon bahawa kaum Melayu merupakan...

Lagi Langkah Sumbang Saifuddin Abdullah

SAIFUDDIN Abdullah sekali lagi membuat ‘langkah sumbang’ sejak menjadi Menteri Komunikasi apabila mengambil tindakan terhadap pemberita Bernama TV yang hanya mengekspresikan kekesalannya terhadap Al Jazeera yang jahil akan realiti semasa Malaysia sehingga tahap memfitnah negara.

Bagi saya, tindakan pemberita tersebut, Herleena Pahlavy adalah satu manifestasi sifat berani dan patriotik yang tinggi. Malah selepas beliau diambil tindakan sekalipun, Herleena teguh mempertahankan apa yang dilakukannya itu.

Sebenarnya, dalam isu ini Saifuddin hanya perlu berdiam diri sahaja atau jika mahu ambil tindakan sekalipun, mengapakah perlu mengumumkannya di media? Apakah Saifuddin sangka dengan berbuat demikian, beliau akan dilihat sebagai seorang ‘hero’? Saya pun tidak faham apa sebenarnya yang mahu beliau buktikan.

Perlakuan ‘spontan’ Saifuddin ini secara tidak langsung memaparkan kepada kita akan tahap jati diri dan patriotisme beliau yang sebenar. Dan banyak lagi isu-isu yang dipalitkan dengannya yang membuktikan sedemikian. Seorang pemimpin, terutamanya seorang menteri seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Saya sangat bersimpati dengan Saifuddin kerana sejak jadi menteri, ada sahaja yang tidak kena yang beliau lakukan sehingga mengundang kemarahan rakyat. Beberapa minggu lalu, beliau terpalit dengan isu lantikan Eric Paulsen. Manakala ketika menjadi Menteri Luar semasa dalam Pakatan Harapan, kita tidak lupa pada dua isu terbesar iaitu ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Lepas ini, kita tidak tahu apa pula isu yang menimpanya lagi.


Akhir sekali, saya sekali lagi ingin ucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah bersuara membela maruah negara yang cuba dirobek-robek oleh media antarabangsa sehingga sedikit-sebanyak dapat membersihkan nama negara. Ini bukti bahawa kita sayang dan bangga dengan negara kita. Teruskan!

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
10 Julai 2020

Kategori