Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Relevankah Parti Orang Muda?

KUALA LUMPUR - Ketika topik mengenai pemimpin politik muda dibincangkan, Sanna Marin yang...

Uganda Lulus RUU Hukum...

KAMPALA : Parlimen Uganda meluluskan rang undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan...

Siasatan Punca Kematian Adib...

KUALA LUMPUR - Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd...

DAP Cipta Rekod Naik...

GEORGE TOWN - Mengambil kesempatan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1...

Malaysia Catat Sejarah, Hanya 1 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah pada hari ini iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

“Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini,” katanya pada sidang media hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes. – BERNAMA

Kategori