Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Makam Purba 4,400 Tahun...

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan...

ATM Kerah 200 Anggota...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat...

Pengemis Kaya Di Jakarta...

REZEKI... Seorang lelaki berusia 64 tahun yang hanya mengemis di sekitar Jakarta Selatan...

Gadis Kuih Bulan Tokoh...

KUALA TERENGGANU – Kegigihan gadis orang kelainan upaya (OKU) Haziqah Nurulhuda Harun dalam...

PN Kerajaan ‘Pintu Istana’, Bukan ‘Pintu Belakang’

KUALA LUMPUR – Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang sah setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.  

“Setiap orang daripada 113 orang (Ahli Parlimen kerajaan)  di sini mempunyai mandat rakyat. Ini adalah kerajaan ‘pintu istana’ yang sah, bukan kerajaan ‘pintu belakang’. Hentikanlah tuduhan bahawa kerajaan (PN) ini ‘pintu belakang’ kerana (ia) menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya. 

Ahmad berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan yang diperkenan Al-Sultan Abdullah adalah berdasarkan proses penilaian yang mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat. 

Malah, rata-rata Ahli Parlimen kerajaan mendedahkan semula bahawa mereka pada mulanya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

“Kami semua sign (tandatangan) SD sokong Langkawi (Dr Mahathir) tetiba Langkawi letak jawatan (sebagai perdana menteri) (jadi) kami sokong (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) lah…,” kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) ketika mencelah ucapan Ahmad.


Perkara itu disokong oleh Ahmad dengan berkata: “Kami semua sign SD untuk Tun Mahathir tapi SD itu tidak terpakai bila Langkawi letak jawatan …jadi kami sokong Pagoh (Muhyiddin).”

Bagaimanapun, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun mencelah dan mempersoalkan kerajaan PN bukan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU). 

“Kerajaan pintu belakang ini bukan dipilih masa Pilihan Raya Umum (PRU), itu sahaja. Tak faham?” katanya. 

Justeru, Ahmad bangkit dan mencadangkan supaya istilah ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘pengkhianat’ hendaklah dianggap ‘unparliamentary’ atau bercanggah dengan peraturan Parlimen. – BERNAMA

Kategori