Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Search Bakal Gegarkan Johor...

BERTAHAN selama 34 tahun dalam persada muzik tanah air bukan satu perkara yang...

Kerangka Baik Bolehkan UMNO...

SANDAKAN - UMNO dapat bertahan lama sehingga kini kerana mempunyai kerangka yang baik...

Mayat Bayi Perempuan Ditemui...

KLANG - Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui dalam keadaan dihurungi...

Hujah Kek Ekonomi Syed...

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam lebih baik usah ulas...

Pukul Isteri Berang Nama Tak Tercalon Anugerah Ikon

IPOH – Tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon disyaki menjadi punca suami yang juga pasangan YouTuber sensasi naik berang hingga mencederakan isterinya semalam.

Dalam satu majlis di Ipoh pada Isnin lalu pasangan berkenaan dijemput untuk menerima pengiktirafan ikon selepas kejayaan mereka membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di YouTube.

Bagaimanapun, suami pasangan itu tidak berpuas hati apabila hanya nama isteri sahaja yang dicalonkan menyebabkan timbul perselisihan faham dan berlanjutan hingga membawa kepada kejadian pukul di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang itu, tindakan suspek yang berada dalam keadaan mabuk dan memegang sebilah sabit disedari jururawat dan pengawal keselamatan hospital.

Susulan kejadian itu, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh bermula malam tadi.


Polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga,” katanya. – Sinar Harian

Kategori