Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sistem Tadah Air Hujan...

KUALA LUMPUR - Amalan mendapatkan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)...

Gambar Shahrukh Khan Berzikir...

RAMAI yang masih tertanya-tanya tentang status agama dianuti aktor nombor satu Bollywood, Datuk Shahrukh...

Mazlan Bujang Tinggalkan BERSATU...

JOHOR BAHRU : Teka-teki Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang keluar parti bakal...

GAMBAR: Pre-Wedding Hanis Zalikha...

KECOH jadinya bila Hairul Azreen buat kejutan melamar pelakon dan pengacara cantik, Hanis Zalikha...

Seorang Murid Sekolah Rendah Positif Covid-19 – JKNS

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, sampel daripada semua rakan sekelas mahupun ahli keluarga pesakit sudah diambil. 

“Semua kontak juga kini sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari. 

“Kita menasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya ada sebarang simptom menunjukkan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini. 

Sebelum ini satu mesej tular menyatakan terdapat seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.

Terdahulu Dr Christina memaklumkan Sabah merekodkan tiga kes baharu positif Covid-19 semalam iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang.


Katanya, kes terbaharu itu menjadikan jumlah sebanyak 392 kes Covid-19 di negeri itu. 

Katanya, kes ke-390 dan 391 dikategorikan sebagai jangkitan tempatan manakala kes ke-392 kes import.

Dr Christina menyatakan pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian sekali gus menjadikan kumulatif ujian bagi keseluruhan negeri adalah 144,820 setakat 27 Julai lalu. – myMetro Online

Kategori