Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Pantau Media Sosial...

KUALA TERENGGANU : Polis terus memantau media sosial seperti Facebook (FB), TikTok dan...

Saiful Tarik Balik Saman...

Ingat balik...pada 23 Jun,2014, Saiful Bukhari Azlan telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri...

Banjir Di Pekan: Biro...

PEKAN - Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan...

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan...

Mulai esok (27 Nov), Malaysia akan mengenakan larangan sementara perjalanan ke Afrika Selatan,...

Tabung Haji Tak Dikuasai Bukan Islam – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.

“Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang bertanya mengenai kedudukan aset terkini Tabung Haji serta adakah kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset TH dan membiarkan TH dikuasai oleh orang bukan Islam. – BERNAMA

Kategori