Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Bunuh Ibu &...

BALIK PULAU - Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita warga emas...

Gerai Burger Dirempuh Bak...

IPOH - Insiden rempuhan sebuah kereta ke atas gerai burger di sini yang...

Azalina Sah Letak Jawatan...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai...

Diskaun Tol 50% Di...

KUANTAN - Anih Berhad, syarikat konsensi Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya...

11 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat hari ini dengan 11 kes baharu dilaporkan dengan lima daripadanya merupakan kes import melibatkan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam lagi kes merupakan penularan dalam negara, melibatkan lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. 

“Bagi kes import, tiga kes adalah dari Australia, satu kes dari Jepun dan satu kes dari Singapura. 

“Manakala bagi penularan tempatan, satu kes dikesan di Johor, tiga kes di Perak melibatkan kluster Kurau, satu kes di Melaka dan satu kes melibatkan bukan warganegara di Selangor,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini. 

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata 19 kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,803 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


Sehingga kini, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes, katanya. – BERNAMA

Kategori