Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bimbang Penyalahgunaan Dadah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

“Saya Tak Terima Tuduhan...

BATU PAHAT - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh...

Kerajaan Perluaskan Dana Kesihatan...

GEORGE TOWN - Kerajaan akan memperluaskan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu...

Kapal Angkasa NASA Kelilingi...

WASHINGTON - Kapal angkasa MAVEN milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA)...

2 Projek Rundingan Terus KPKT Melalui Guan Eng

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin mendakwa dua projek di bawah kementerian itu yang dibuat secara rundingan terus melalui Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataannya, Zuraida berkata, Pakatan Harapan (PH) telah memutarbelitkan fakta bahawa rundingan terus projek sisa pepejal Taman Beringin yang bernilai RM170,294,400.00 itu bermula di kementeriannya.

“Pada 26 November 2018, Guan Eng telah bertemu dengan wakil syarikat, Bumi Segar Indah iaitu Penasihatnya, Tamrin Tun Ghafar yang juga penyokong kuat PH,” katanya.

Zuraida mendakwa dalam pertemuan berkenaan, Guan Eng bukan sahaja membincangkan mengenai rundingan projek tersebut tetapi bersetuju mengurangkan sebanyak 10 peratus kos pemberian lebih sedikit daripada kos asal.

“Ia kononnya dapat menjimatkan wang untuk kerajaan,” katanya.
Tambahnya, Setiausaha Agong DAP itu menyarankan Bumi Segar Indah membentangkan kertas cadangan secara rasmi kepada KPKT.


“Ia kemudiannya diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 20 Februari 2019,” katanya.

Katanya, perkara sama berlaku terhadap projek perisian sistem perakaunan bernilai RM501,206.37 yang melibatkan lima kementerian berasingan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Saya harap PH dan bekas menteri memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengelirukan rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Kategori