Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Yahya Cadang Cukai Majlis...

PUTATAN - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mencadangkan cukai kadaran...

1,000 Sekolah Bakal Dipilih...

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bakal memilih 1,000 sekolah di seluruh...

ASEAN-India Setuju Tingkat Kerjasama...

NEW DELHI – Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkat kerjasama maritim antara...

Ahmad Bashah Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah,...

200 Penduduk Saman Pemilik Kedai Nasi Kandar Napoh

SERAMAI 200 penduduk memfailkan saman ke atas pemilik Nasi Kandar Napoh di Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini, kerana menyebabkan penularan Covid-19.

Saman itu difailkan melalui Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang mewakili penduduk sekitar Napoh, ke atas pemilik kedai, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57, bagi menuntut ganti rugi RM1.5 juta.

Setiausaha CAKE, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, persatuan itu mengambil tindakan itu selepas mendapati Nezar Mohamed menjadi pencetus kepada pandemik yang mengakibatkan penduduk dan peniaga terjejas.

Jelasnya, berikutan itu pihaknya menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi tauladan, ganti rugi meruncing dan ganti rugi nominal ke atas Nezar Mohamed.

“Kita mendapat aduan ramai penduduk berpendapatan rendah terjejas dari segi ekonomi, sosial dan pergaulan, mereka sudah terjejas sebelum ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa pula berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) ketika ini.

“Ada peniaga mengaku terpaksa mengeluarkan semua wang simpanan bagi membeli barang perniagaan, namun tidak dapat berniaga menyebabkan dia mengalami kerugian dan hampir bankrap,” katanya ketika ditemui di Alor Setar, hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, pihaknya juga meminta mahkamah tidak membenarkan Nezar Mohamed yang berstatus penduduk tetap meninggalkan Napoh dan negara ini berikutan dia adalah warganegara India.


Sementara itu, peguam mewakili CAKE, Mohammad Zunun Baihakky berkata, pihaknya menjangkakan Mahkamah Tinggi akan mengambil masa kira-kira seminggu bagi melulus atau menolak saman dikemukakan plaintif.

Katanya, selepas keputusan itu, pihaknya akan menghantar writ saman ke atas defendan yang kini masih menjalani kuarantin wajib di Hospital Alor Setar.

Sebelum ini, Nezar Mohamed yang menjadi individu pertama positif Covid-19 bagi Kluster Sivagangga dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 kerana didapati bersalah ingkar perintah kuarantin.

Akibat perbuatannya itu, lebih 45 kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku di Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim. – myMetro Online

Kategori