Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

14 Cedera, 2 Serius...

BERLIN (Reuters) - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dengan dua daripada mereka dalam keadaan serius...

The Rock Gesa Lelaki...

LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson, semalam mengaku bergelut dengan kemurungan...

Rani Kulup Dakwa Jerebu...

FIGURA yang sinonim dengan jolokan 'Raja Report Malaysia', Abdul Rani Kulup menyifatkan fenomena...

ANGKASA Harap RM1 Bilion...

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) berharap peruntukan untuk Tabung...

Dewan Rakyat ‘Meriah’ Isu Pengkhianatan

KUALA LUMPUR – Suasana Dewan Rakyat hari ini “meriah” seketika apabila isu pengkhianatan dibangkitkan beberapa ahli Parlimen pada persidangan itu.

Isu bermula apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyentuh aspek perpaduan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020.

Menurut Bung Moktar, perpaduan amat penting dalam negara dan disebabkan itu kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan Kementerian Perpaduan Negara yang bertujuan menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa.

Perbahasan beliau kemudian dicelah Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang bangkit mempersoalkan sama ada perpaduan boleh dicapai melalui pengkhianatan.

Bung Moktar berkata: “Sebetulnya yang menganggap pengkhianatan ialah mereka yang kecewa. Yang Berhormat (Sepang) juga pernah mengkhianati, dahulu PAS, keluar juga,” katanya. 

Tidak terhenti setakat itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pula menokok isu pengkhianatan tercetus disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa memaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). 

“Sepatutnya YB Langkawi (Dr Mahathir) berbincang dengan Majlis Presiden PH menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi perkara itu tidak berlaku sebab presiden-presiden parti dalam PH tak tahu Langkawi nak letak jawatan. Siapa khianat siapa sekarang? Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi penyelamat keadaan,” katanya.


Dr Mahathir kemudian berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima ahli UMNO.

“Orang UMNO mesti keluar daripada UMNO dan isytihar mereka Bebas sebelum mereka diterima … terdapat banyak syarat-syarat untuk mereka menyertai Bersatu, sudah tentu ada orang UMNO ni yang menipu. Kalau masuk Bersatu mereka berlagak sebagai ahli UMNO dan sekarang bekerja untuk menolong UMNO. Kita percaya pada orang tapi mereka mengkhianati kepercayaan kita,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengendalikan sesi perbahasan itu mengingatkan kesemua ahli Parlimen yang rang undang-undang dibahaskan adalah Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020.

“Yang Berhormat semua, saya ingatkan, ini Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 tapi saya tak tahu, ada ke rang undang-undang pengkhianat ni?” kata Azalina. – BERNAMA

Kategori