Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Lebih 2...

REMBAU - Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 pagi tadi menyebabkan...

Pelan Pembangunan 15 Tahun...

ALOR SETAR ā€“ Pelan pembangunan baharu untuk tempoh 15 tahun dari 2020 hingga...

Bomba Nafi Bangunan KPKT...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan bangunan Kementerian Perumahan dan...

Timbalan Pendakwa Raya Mengaku...

TAWAU - Seorang Timbalan Pendakwa Raya dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Lindungi Premis Haram: 3 Lagi Penguat Kuasa MBSA Direman

PUTRAJAYA – Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman untuk membantu siasatan kes menerima dan mengutip rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.Ā 

Perintah reman selama enam hari terhadap tiga lelaki berumur antara 40 dan 43 tahun yang bermula hari ini sehingga Rabu depan (19 Ogos) itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Mereka yang ditahan di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas hadir memberi keterangan, dibawa ke mahkamah kira-kira 8.30 pagi dengan bergari dan berbaju lokap SPRM berwarna jingga. 

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ini menjadikan jumlah lapan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga yang direman bagi membantu siasatan kes yang sama.


Isu tersebut menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut. – BERNAMA

Kategori