Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Serpihan Roket China Melintas...

Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara...

Anak Buat Harris Baba...

KEHADIRAN anak perempuan sulungnya bukan sekadar menambah warna kepada kehidupan, malah turut mengubah...

Nik Amlizan Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) mengumumkan pelantikan Nik Amlizan Mohamed...

MKN Sabah Tahan 217...

KOTA KINABALU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menahan 217 pendatang asing tanpa...

Mahkamah Mula Mendengar Kes Pembubaran DUN Sabah

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas, boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim akan menentukan perkara tersebut berikutan terdapat permohonan semakan kehakiman mengenai pembubaran DUN Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli DUN membuat permohonan mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.   

Mereka menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden ketiga dan kerajaan Sabah,  responden keempat.

Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri dan kerajaan negeri tiba di mahkamah pukul 8.30 pagi dan disusuli 10 minit kemudian oleh Tengku Fuad Tengku Ahmad, peguam yang mewakili Musa dan 32 ADUN.


Tinjauan Bernama menyaksikan anggota polis mengawal ketat kompleks mahkamah dalam memastikan aspek keselamatan serta langkah pencegahan penularan COVID-19 antaranya pemeriksaan suhu badan, pendaftaran pelawat dan penjarakan fizikal dilakukan.

Mohd Shafie pada 30 Julai lepas mengumumkan pembubaran DUN Sabah berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari selepas mendapat perkenan Tun Juhar. – BERNAMA

Kategori