Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mayat Wanita Ditemui, Pencarian...

KUCHING - Mayat seorang wanita ditemui dan pasukan penyelamat mencari helikopter yang hilang...

Polis Akan Panggil Pengendali...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil pengendali akaun laman sosial Facebook bekas perdana...

Mia Ahmad Mengaku Bercinta...

WALAUPUN tidak memberikan sebarang pengakuan secara langsung, namun dari kenyataan pelakon Mia Ahmad...

Cuepacs Minta Kerajaan Pertimbang...

KEPALA BATAS - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berharap kerajaan...

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam 2 Minggu Lagi

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

Azmi yang menjalankan tugas pengerusi SPR berkata suruhanjaya itu masih belum dapat menetapkan tarikh mesyuarat itu buat masa ini kerana memerlukan sedikit masa memandangkan PRN Sabah membabitkan satu negeri dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua maklum bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman pembubaran DUN, perlu diingatkan PRN tidak sama dengan Pilihan Raya Kecil.

“Jadi ia memerlukan sedikit masa lagi bagi mengadakan satu pilihan raya yang sesuai dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dengan SPR menerima pemakluman rasmi mengenainya pada keesokkan hari. 

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN. – BERNAMA

Kategori