Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hamil 3 Bulan, Linda...

TIADA angin, tiada ribut pasangan yang tidak pernah digosipkan dengan sebarang masalah rumah tangga,...

Samseng ‘Geng 360’ Tumpas,...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ selepas menahan...

Anggota UKK Cedera Disimbah...

ALOR SETAR - Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera...

Dr Yaakob Sapari Di...

KUALA LUMPUR - PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota...

Mohd Zaidi Aziz Calon BN PRK DUN Slim

TANJUNG MALIM – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hujung bulan ini. 

Pengumuman pemilihan Mohd Zaidi, 43, dibuat Pengerusi BN Perak Datuk Saarani Mohamad selaku Pengarah PRK DUN Slim di Felda Residence di Slim dekat sini, petang ini. 

PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas. 

Menurut Saarani pada awalnya terdapat sembilan nama disenaraikan sebagai calon PRK itu, tetapi hanya seorang yang dipilih berdasarkan penelitian sewajarnya termasuk boleh memenangi pilihan raya itu. 

“Bilangan (senarai untuk) calon awalnya ada sembilan, kemudian kita pendekkan kepada lima, tiga dan akhirnya seorang.

“Kesemua mereka adalah tokoh yang berkelayakan dan berkaliber, namun hanya seorang antara mereka yang dipilih, yang terbaik antara yang terbaik,” katanya.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu). 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan calon parti baharu yang ditubuhkannya dikenali sebagai Pejuang untuk bertanding di PRK DUN Slim atas tiket Bebas pada malam ini, di sini. – BERNAMA 

Kategori