Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sultan Brunei Berkenaan Sertai...

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua...

Malindo Air Sasar Miliki...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menyasar memiliki 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun...

Tukang Azan Mengamuk, Bunuh...

KEDIRI : Seorang lelaki menikam 10 orang termasuk ahli keluarga dan jiran menggunakan...

Mahathir Sekali Lagi Anggap...

TIDAK SERIK... Meskipun ditegur beberapa mufti negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi...

Orang Kita Baca Tajuk Dan Mula Buat Andaian Sendiri

SIANG tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamad (Tok Pa) memberitahu, Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan menjelang 2030.

Tanpa membaca isi, dan sekadar membaca tajuk, maka beberapa netizen melompat kepada andaian sendiri.

Wujud la komen-komen negatif seperti pandai pandai aje letak tarikh dan macam-macam lagi benda yang kalau dibaca, umpama budak tak lulus SRP berusaha memberikan komen dalam isu yang berat.

Sebenarnya, andai segelintir netizen ini mengambil masa 2 minit sahaja dari hidup mereka yang penuh curiga dan buruk sangka untuk membaca apa yang disampaikan Tok Pa, maka mereka sama ada akan memuji atau paling tidak senyap dan tidak mengutuk tak tentu hala.

Mereka lupa zaman Tok Pa la Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara diubah menjadi lebih realistik dan peratusan yang dianggap miskin serta perlu dibantu menjadi jauh lebih ramai pada sebelum ini.

Ini memperlihatkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan serta kementerian Tok Pa untuk benar-benar membasmi kemiskinan dan membantu kelompok rakyat yang benar-benar memerlukan.

Ok… Berbalik pada kenyataan Tok Pa siang tadi, apa yang disampaikan bukan fantasi atau rekaan beliau.

Apa yang beliau sebut itu sejajar dengan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Bermakna, target itu ditetapkan melalui kajian dan jangkaan PBB, bukan beliau main sebut.


Itu adalah sebahagian matlamat Sustainable Development Goals (SDGs) oleh PBB.

Pada bulan September 2015, semua 193 negara anggota PBB dengan sebulat suara mengadaptasi Agenda Pembangunan Mapan 2030 dan kerangka pelaksanaannya, di mana SDGs memetakan secara terperinci jalan maju untuk memastikan masa depan yang mapan bagi manusia, planet, keamanan dan kemakmuran.

Ini dapat dicapai melalui semangat kerjasama antara pemerintah, sektor swasta dan masyarakat madani.

Kalau mereka-mereka yang membaca komen negatif itu membaca sedikit, mereka akan faham yang Tok Pa bercakap mengenai isu itu dari konteks matlamat sejagat dan bukan rekaan beliau.

Namun nak cakap apa… Baca tajuk sikit terus melompat buat andaian sendiri.

Tapi satu benda… Sebahagian besar yang komen itu menggunakan akaun palsu… Apakah mereka cybertroopers berbayar untuk mewujudkan rasa benci orang pada kerajaan, atau memang bebal yang malas membaca? – Mynewshub.TV

Kategori