Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Pemain Bola Tampar...

TINDAKAN dua pemain bola tampar lelaki dari pasukan Jepun ini yang bercium mulut...

Pakistan Mara Ke Separuh...

KUANTAN - Juara bertahan, Pakistan melengkapkan slot empat pasukan mara ke separuh akhir...

Kutipan Zakat Harta Di...

MELAKA - Kutipan zakat harta di Melaka mencatat peningkatan 31.68 peratus dengan kutipan...

Singapura Tawar Suntikan Penggalak...

SINGAPURA: Suntikan penggalak akan ditawarkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada...

Pasangan Tular Pakai Gelang Pink Bukan PUS COVID-19

GEORGE TOWN – Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana memakai “gelang pink” dan berada di kawasan letak kenderaan Bukit Bendera di sini pada Ahad lepas  bukan pesakit di bawah pengawasan (PUS)  COVID-19.

Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata siasatan polis mendapati mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu berkenaan oleh pembantu jualan sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini pada hari kejadian.

Pasangan berkenaan memaklumkan mereka juga tidak pernah ke luar negara dan semakan dengan Kementerian Kesihatan mendapati nama kedua-duanya tiada dalan senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Soffian berkata susulan laporan polis yang diterima daripada seorang individu, pihaknya bertindak mengesan pasangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Permatang Tengah, Butterworth dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun yang menetap di Sungai Puyu, Butterworth.

“Pasangan kekasih itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, di sini pada 12.30 tengah hari Ahad dan dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna pink dengan tulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit,” katanya.

Beliau berkata disebabkan pasangan tersebut ingin kembali ke kedai haiwan itu pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang berkenaan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum ke Bukit Bendera. – BERNAMA

Kategori