Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengebom Nekad Bunuh 57...

KABUL - Sekurang-kurangnya 57 mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak maut, manakala 119 cedera...

Bayi 7 Bulan Antara...

SEORANG kanak-kanak berumur satu tahun tujuh bulan menjadi antara penerima implan koklea termuda...

JPJ Kelantan Sita 96...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 96 kenderaan klon...

Malaysia Tawar Diri Untuk...

PUTRAJAYA – Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstruktif  dalam menyelesaikan konflik antara Qatar dan...

Pembaharuan Pentadbiran Awam Antara Fokus EAC

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) menumpukan kepada beberapa teras utama dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang termasuk pembaharuan pentadbiran awam pasca pandemik COVID-19. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan menerusi EAC, telah mengadakan beberapa siri bengkel dalam usaha untuk memulihkan ekonomi. 

Menurutnya, bengkel yang diadakan hari ini yang menumpukan kepada institusi awam dan tadbir urus merupakan siri yang kelima dianjurkan oleh EAC.

Setakat ini, kata Mustapa, bengkel yang dikendalikan oleh EAC itu menumpukan kepada beberapa isu iaitu kesediaan tenaga kerja pada masa depan, memperkasakan ekonomi digital, persediaan bagi perubahan landskap global dan menambah baik kualiti peraturan dan pasaran.

“Hari ini kita mengadakan siri bengkel yang kelima yang bertujuan untuk mendapatkan idea mengenai pemulihan ekonomi. Kita kumpulkan seramai 60 orang penjawat awam daripada pelbagai kementerian untuk berbincang mengenai cabaran yang dihadapi pada hari ini.

“Kita turut membincangkan bagaimana persediaan yang boleh kita buat buat untuk menghadapi cabaran yang mendatang selepas COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kata alu-aluan pada bengkel tersebut, di sini, hari ini.

Beliau berkata antara persediaan dalam mendepani pasca COVID-19 ini, sektor kerajaan harus mengambil inisiatif untuk mengagihkan semula penjawat awam mengikut keperluan semasa dalam fasa pemulihan ini.

“Kita harus berlaku adil. Terdapat sektor-sektor yang mungkin memerlukan lebih kakitangan daripada sebelumnya (COVID-19) dan ada juga yang sebaliknya. Kita juga harus melatih pegawai-pegawai kita untuk mahir dalam bidang kini dan masa hadapan,” katanya.


Meskipun pandemik ini memberikan banyak cabaran kepada negara, Mustapa berkata, ia juga telah membuka ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan transformasi dari segi perancangan ekonomi dan pentadbiran seraca keseluruhannya.

“Ini adalah peluang untuk kita melaksanakan dasar-dasar baharu, landskap global juga telah berubah di mana kebanyakan negara kini sedang melindungi kepentingan mereka, berbanding perdagangan bebas sebelum ini.

“Peluang ini kita akan gunakan untuk pastikan kita ada dasar-dasar yang mantap seterusnya memastikan Malaysia dapat mengukuhkan lagi kedudukannya,” katanya.

Melalui pemantauan berterusan yang dilaksanakan oleh EAC, beliau berkata, sudah terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi yang semakin mantap namun masih belum mencapai ke tahap yang baik.

“Kita melihat kepada beberapa angka yang menunjukkan bahawa ekonomi kita semakin pulih, seperti penjualan kenderaan oleh Proton, yang mencatatkan hasil jualan yang terbaik untuk tempoh lapan tahun, baru-baru ini dan peningkatan pelancongan domestik.

“Kita harus terus menggalakkan lagi pelancongan domestik dan kita berharap agar sektor yang antara paling teruk terkesan oleh COVID-19 ini akan pulih,” kata Mustapa. – BERNAMA

Kategori