Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Remaja Lelaki Maut Motosikal...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang...

APMM Yakin Muncul Agensi...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yakin mampu menjadi sebuah agensi maritim...

KE7B: Bidaan Plat GT...

KUALA LUMPUR - Selepas menawarkan nombor plat unik Gagasan Satu Malaysia (G1M), kini...

Kos Pengambilan Pekerja Domestik...

KUALA LUMPUR : Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 berdasarkan memorandum...

Pencetus Kluster PUI Sivagangga Dipenjara, Denda

PEMILIK kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak. – myMetro Online

Kategori