Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KDN Minta PPIM Serah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan...

Lokomotif Rosak, Ekspres Rakyat...

SEREMBAN, 17 Dis -- Kira-kira 200 penumpang melalui detik cemas apabila tren yang...

Nazim Othman Lancar Muzik...

JIKA sebelum ini kecoh berita percutian pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen...

USM, UM Duduki 50...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Program Sains Alam Sekitar Universiti Sains Malaysia (USM) dan Program...

PRK Slim: Kerjasama BN, PAS, Bersatu Sedia Tarik Pengundi

TANJUNG MALIM – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim telah mula digerakkan untuk menarik pengundi bagi memenangkan calon BN.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, berkata meskipun ketiga-tiga parti bergerak secara berasingan semasa berkempen, namun matlamat mereka sama iaitu berkempen agar pengundi menyokong calon BN.

“Saya telah berhubung dengan kepimpinan Bersatu di sini (Slim) untuk mereka buat gerak kerja, mengenali pengundi dan jentera mereka bergeraklah daripada segi itu untuk menemui ahli dan pengundi Bersatu.

“Kita lebih fokus, maknanya UMNO jaga UMNO, MIC jaga MIC, MCA jaga MCA, Bersatu jaga ahli Bersatu, PAS jaga ahli PAS dan kombinasi itu ke arah mengundi BN,” katanya ketika ditemui semasa sesi perjumpaan dengan pengundi di Pekan Trolak di sini, hari ini.

Katanya, strategi ini adalah terbaik untuk menarik pengundi kerana setiap parti telah mengenal pasti pusat pemilihnya sendiri, tambahan pula adalah mustahil untuk bertemu dengan semua 23,094 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya kecil Slim, 29 Ogos nanti.

Sementara itu, Mohd Zaidi yakin bahawa beliau dapat memperoleh sekurang-kurangnya 14,000 undi dengan bantuan Bersatu.

“Yang bertanding dulu Bersatu tetapi atas tiket Pakatan Rakyat (PR). Bila orang Bersatu, maknanya dia ada pengikut, dia boleh tarik separuh daripada pengundinya dan ahli atas pagar yang mungkin dulunya bersama dengan mereka,” kata Mohd Zaidi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim.


PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, akibat serangan jantung, pada 15 Julai lepas. 

Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi yang mewakili BN, menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket Parti Keadlian Rakyat, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim menyaksikan Mohd Zaidi, berdepan pertandingan tiga penjuru dengan dua calon lain iaitu calon Bebas S. Santharasekaran, 44, dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38.

Amir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan belum didaftar secara rasmi. – BERNAMA

Kategori