Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Amy Umum Konsert Search...

KUMPULAN rock legenda tanah air, Search, mengumumkan menarik diri daripada meneruskan kerjasama dengan...

13 Perkara Tentang Orang...

RAMAI yang mengagumi orang Arab dan ada juga yang terpikat dengan kecantikan atau...

Pelajar Russia, Hias Kereta...

Seorang pelajar dari Russia berusia 21 tahun, Daria Radionova melakukan sesuatu yang unik...

Lelaki Bodoh Dikecam, Kucing...

TINDAKAN seorang lelaki yang menjadikan seekor kucing seperti kain buruk untuk membasuh kereta...

Siasatan Kes Klip Audio Ke Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan siasatan berhubung pendedahan audio oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata laporan siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 19 Jun lalu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan selanjutnya.

“Rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pada Januari 2020 adalah dibenarkan oleh undang-undang (discretionary power) dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bertanyakan sejauh mana tahap integriti, kredibiliti dan profesionalisme SPRM yang bertindak secara tidak wajar apabila mendedahkan bukti rakaman audio berprofil tinggi kepada umum.

Sebelum ini, Latheefa mempertahankan tindakannya mengadakan sidang media memperdengarkan sembilan klip rakaman audio membabitkan beberapa individu berprofil tinggi.

Polis juga memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan pendedahan klip audio berkenaan. – BH Online

Kategori