Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Digelar Simbol Seks Kerana...

PENAMPILANNYA yang dikatakan agak seksi ditambah pula dengan sifat kemanjaan semula jadi membuatkan...

Sultan Mizan Gesa Tangani...

KUALA NERUS - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah pemikiran yang dibawa...

Anwar Gagal Dalam Rayuan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari...

Video: Ini Asrama Perempuan...

PENGGUNA media sosial China digemparkan dengan satu rakaman video menunjukkan sebuah bilik asrama pelajar perempuan...

SPRM Kaji 101 Projek Rundingan Terus Era PH

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji elemen rasuah dalam 101 tender rundingan terus yang didakwa diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, SPRM berkata, kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu,” katanya.

Suruhanjaya itu mengesahkan pihaknya menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu terbabit.

“Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya.

Semalam, Dewan Rakyat gamat apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat pendedahan tersebut selepas menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir negara selama 22 bulan. – Sinar Harian

Kategori