TOLONG perjelaskan balik dengan tepat berhubung pemakaian wajib topeng muka.
Ikut kandungan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, yang disebut adalah tempat awam yang sesak.
Kalau sekadar tempat awam tetapi tidak sesak adakah wajib juga pakai?
Perkara ini perlu kerana seolah-olah berlaku kekeliruan waktu ini apabila ada yang dikompaun sehingga RM1,000 kerana tidak memakai topeng muka.
Memang betul kita amat digalakkan memakai pelitup muka separuh, namun sebarang tindakan penguatkuasaan hendaklah dalam ruang lingkup peraturan yang telah dipersetujui.
Sebarang tindakan di luar garis peraturan sepatutnya terbatal dengan sendirinya.
Rakyat Malaysia ramai yang memberikan kerjasama yang baik sejak dulu dalam melawan pandemik Covid-19, namun mungkin ada yang terkeliru dengan syarat baru ini dan tidak dinafikan pihak berkuasa juga mungkin tidak jelas.
Berjalan berdua di tepi pantai atau mengisi minyak di stesen yang tak ramai orang rasanya bukan dalam kategori tempat awam yang sesak.
Bagus kalau pakai tetapi tak boleh ambik tindakan kalau tak pakai sebab rasanya belum melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan. – Mynewshub.TV