Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Harimau Sumatera Tertua Dunia...

HONOLULU — Seekor harimau sumatera, yang dipercayai sebagai spesies harimau belang yang masih...

“Khairuddin Penipu, Dia Dalang...

PENGASAS Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyelar tindakan...

Mansuh Kumpulan G25 –...

ALOR SETAR - Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan...

Puad: Sanusi MB Kedah...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri...

Wanita Ditahan Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Kluang

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berumur 55 tahun itu, yang juga pemilik premis berkenaan ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat pada hari sama.

“Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 hingga hujung Disember 2019 dan tidak lagi beroperasi sejak Januari tahun ini.

“Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 sehingga aduan dibuat oleh orang awam. Kenapa baru sekarang dilaporkan? Saya fikir kerana kesedaran orang ramai mulai meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata turut dirampas adalah sehelai Jalur Gemilang.


Menurut beliau, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Lambang & Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang. – BERNAMA

Kategori