Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

31 Disember Tarikh Akhir...

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan medianya menyatakan tarikh akhir bagi diskaun pembayaran...

Lebih 85 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu Malaysia sudah melebihi 85 peratus populasi dewasa...

Penduduk Amal Senaman Merangkak...

ZHENGZHOU (China) - Sekumpulan penduduk di bandar ini mengamalkan satu senaman pelik dengan...

Tunjuk Kesatuan UMNO Semporna...

SEMPORNA - Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mahu...

89 Kes Positif Baharu COVID-19, Sabah Tertinggi

PUTRAJAYA – Sejumlah 89 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini, dengan 86 daripadanya membabitkan penularan tempatan dan baki adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara sebanyak 11,224 kes dengan 1,124 kes aktif.

Mengikut infografik yang dikongsi beliau melalui Facebook hari ini, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 35 kes positif baharu, diikuti Kedah (13), Selangor (10), Johor (8) dan Kuala Lumpur (6). 

“Sehingga kini, seramai 16 individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini, 28 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 9,967 kes bersamaan 88.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat dua kematian dicatatkan menjadikan kes kematian di negara ini sebanyak 136 kes bersamaan 1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Kategori