Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Brunei Haram Jual Makanan...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei bakal mengharamkan penjualan makanan tidak halal kepada...

APM Awasi Kawasan Risiko...

KUANTAN - Lebih 3,500 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang...

Elyana Ditemukan Kurus Kerana...

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di...

“Kalau Ikut Hati, Pulangkan...

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menzahirkan dukacita terhadap tindakan...

CIDB Siasat 3 Aspek Konkrit Hempap Kereta

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan menyiasat 3 aspek utama berhubung insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan yang terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) Sabtu lalu.

Ketua Eksekutif CIDB, Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, 3 aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 34B dan 34C Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) yang berkaitan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan, sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

“Jika didapati bersalah, kontraktor boleh didenda tidak melebihi RM500,000. Pihak lain termasuk tuan punya projek (klien) serta syarikat perunding juga boleh didakwa jika didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sabtu lalu, media melaporkan panel konkrit bersaiz 1m persegi daripada kerja pembinaan Suke menghempap sebuah kereta yang sedang dipandu seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Terminal Bersepadu Selatan dalam kejadian kira-kira 5.45 petang.

Bagaimanapun, mangsa berusia 25 tahun itu diselamatkan orang awam dan hanya cedera di tangan kirinya sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan. – BERNAMA

Kategori