Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Dewan Negara...

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan esok dibatalkan kerana Rang Undang-undang...

11 Kaum Asli Di...

BOGOTA - Kira-kira 11 Orang Asli di Colombia maut dan 15 cedera akibat...

Tunggu Hasil Siasatan, Serah...

Johor Bahru : Polis menasihati orang ramai supaya memberi ruang kepada siasatan dan...

Hebat, Video Aksi Scha...

SCHA Al-Yahya memang dikenali sebagai pelakon yang gila-gila, tengok sahajalah wataknya dalam drama...

Jalan Gurney Lebih Sesuai Ditukar Kepada Jalan Palestin

BANGI – Jalan Persiaran Gurney di Kampung Datuk Keramat lebih sesuai ditukar nama kepada Jalan Palestin atas beberapa faktor sejarah.

Ahli Jawatankuasa Gerakan Massa Pemuda ISMA, Soufi Anual berkata, Jalan Persiaran Gurney pada asalnya diberikan atas nama Sir Henry Gurney.

Katanya, Gurney ialah Setiausaha Kehormat British ke Palestin bermula 1946 hingga 1948.

“Di sana, beliau memainkan peranan yang besar dalam isu Israel-Palestin, pastinya dalam memenangkan Israel hingga tercabulnya tanah suci Palestin.

“Kemudian, dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Tinggi British, dihantar pula berkhidmat ke Tanah Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, lebih signifikan jalan nama penjajah itu ditukarkan kepada nama negara Palestin yang menempatkan salah satu kota suci Islam – Baitulmaqdis.

“Betapa rakyat Palestin bersungguh mempertahankan tanah air mereka supaya terus merdeka dari tangan penjajah Zionis Israel,” katanya.

Pun begitu, beliau berkata, pihaknya menyokong penuh inisiatif Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan nama Palestin sebagai nama jalan.

“Ianya merupakan pengiktirafan atas dasar keimanan dan kemanusiaan sejagat,” katanya.


Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, cadangan untuk menukar nama jalan itu tercetus ketika Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan mengapa menukarkan nama jalan tersebut, yang asalnya nama tokoh sejarah Melayu.

“Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur dengan nama Jalan Palestin, sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

“Kenapa tak tukar jalan nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Cohrane Road,” katanya di laman sosial Twitter. – Ismaweb.net

Kategori