Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Singapura Pertahan Hukuman Mati...

SINGAPURA : Semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberi proses yang...

Kerjasama Malaysia – Thailand...

GEORGE TOWN - Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan Perkhidmatan...

Penulis Saman Syamsul, Dakwa...

Seorang penulis novel, Elias Idris mengemukakan saman terhadap tiga pihak iaitu Yusuf Haslam,...

Pemandu Jengkaut Maut Dihempap...

IPOH - Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap bongkah batu ketika sedang melakukan...

Judi Sungai Buloh: Laporan Khas JIPS Dihantar Ke KPN

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard  (JIPS) Bukit Aman telah menyerahkan laporan khas mengenai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berhubung kes perjudian di daerah itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Jumaat.

Pengarahnya Datuk Zamri Yahya berkata laporan itu merangkumi hasil siasatan pasukan khas selama 10 hari dan aset yang dimiliki pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh.

“Siasatan mendapati sebanyak 447 serbuan ke atas premis judi telah dilaksanakan IPD Sungai Buloh dengan 665 orang ditahan dalam tempoh tahun lepas sehingga Julai tahun ini.

“Kami mendapati tindakan itu adalah komprehensif namun menasihatkan mereka untuk mengambil tindakan bersepadu seperti seal (sita) premis judi dan memastikan bangunan itu tidak lagi mendapat bekalan air dan elektrik untuk terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur daripada Datuk Seri Mazlan Lazim kepada Datuk Saiful Azly Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. Mazlan dilantik sebagai  pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Zamri ketika ditanya mengenai dakwaan pegawai dan anggota melindungi premis perjudian di daerah itu, beliau berkata hasil semakan mendapati aset yang dimiliki pegawai dan anggota adalah munasabah mengikut pangkat mereka.

“Kami sudah buat pemeriksaan aset dan harta benda serta mendapati ia adalah dalam keadaan munasabah dan lazim sesuai dengan pangkat mereka,” katanya.


Jelasnya lagi, sebarang keputusan dan tindakan termasuk rombakan dalaman IPD Sungai Buloh hanya akan dimuktamadkan oleh Ketua Polis Negara dan pihaknya hanya menjalankan siasatan sewajarnya.

Pada Ogos, tular di media sosial video menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup berleluasa di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan polis membuka kertas siasatan serta memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Sebelum ini, Abdul Hamid dilaporkan berkata keputusan ke atas tindakan dan rombakan dalaman melibatkan IPD Sungai Buloh hanya akan dibuat setelah siasatan berhubung kes perjudian di daerah itu selesai. – BERNAMA

Kategori