Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Pelancong Wanita Ditemui...

RABAT - Dua pelancong wanita, masing-masing berasal dari Denmark dan Norway ditemui mati...

Keperluan Alat Ganti Punca...

KOTA BAHARU - Keperluan terhadap alat ganti kenderaan jenis lama dikenal pasti sebagai...

Canggih! Lily Si Kamera...

KECANGGIHAN teknologi sekarang ini semakin tidak dijangka sama sekali.Alat-alat moden kini sangat luar...

Tendangan Magis Faiz Subri...

KANCAH perlawanan kedua Liga Super Malaysia antara pasukan Pulau Pinang menentang Pahang FC...

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Depan Rumah

DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Cacar Baru di sini petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 2.53 petang semasa mangsa, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil keluar dari rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun dalam perjalanan dari tempat niaganya di Jalan Besar Paka menghala ke sebuah surau berhampiran.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang menunggang basikal dikatakan telah keluar dari pagar rumah secara mengejut.

“Pemandu tersebut bagaimanapun gagal mengelak lalu melanggar mangsa. Keluarga kanak-kanak itu kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas tidak lama kemudian,” katanya.


Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sinar Harian

Kategori