Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azwan Ali Minta Maaf...

PENGACARA popular, Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pengurusan Hospital...

Lelaki Alih Kayu Bawah...

PASIR MAS : "Saya diberitahu, arwah turun untuk mengangkat kayu daripada dihanyutkan arus...

Kerajaan PH Pinjam RM3...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak secara sinikal berkata, kerajaan Pakatan Harapan...

Video: Cara Selfie Tunjuk...

AMALAN berselfie sememangnya sudah menjadi trend terkini tidak kira jantina mahupun usia seorang...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

KUALA LUMPUR – Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.

Laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan karbon monoksida adalah pembunuh senyap malah berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

“Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.

“Gas ini tidak mempunyai sebarang warna, bau dan tidak boleh didengar, kerana itu ia dikenali sebagai pembunuh senyap,” katanya dalam satu hantaran kira-kira 15 jam yang lalu.

Hantaran itu menjadi tumpuan ramai dengan 3,400 komen dan 39,000 perkongsian.

Kelmarin, tiga wanita, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal, selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri.

Kenderaan dinaiki mangsa ditemui di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah, Seberang Jaya dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila tertidur semasa berehat di dalam kereta itu, dengan cermin tingkap tertutup.

PHM turut menjelaskan salah tanggapan masyarakat yang mengaitkan tidur di dalam kereta dengan membuka sedikit tingkap adalah lebih selamat.

“Kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.

“Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta,” katanya.


PHM dalam pada itu menasihatkan pemandu dan penumpang kenderaan supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan mereka ketika berada di dalam kereta.

Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin terpasang, fikirkanlah semula!

Mengulas lanjut, PHM berkata, asap ekzos mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida.

“Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat.

“Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.

“Tanpa disedari, gas ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah,” katanya.

Katanya, antara gejala awal keracunan gas karbon monoksida termasuk sakit kepala, pening, lemah, muntah, sakit dada dan kekeliruan.

Bagaimanapun, sekiranya gas ini dihidu ketika sedang tidur, tidak ada sebarang gejala dapat dikesan dan ia akhirnya boleh mengundang kematian. – BH Online

Kategori