Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Pendarahan Dalam Kepala...

ALOR SETAR - Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Sungai Petani mengalami...

Peserta Kembara Bertakafur Insiden...

MAKKAH - Peserta Kembara Inspirasi Haji bertafakur seketika mengenangkan 23 pelajar Pusat Tahfiz...

Prof. Rafidah Sedih Dengan...

KUALA LUMPUR - Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq),...

PAS Tidak Lagi Meyakinkan...

KUALA LUMPUR - Bekas aktivis Pas Kulim, Ustaz Othman Don menegaskan kewujudan Parti...

Kes Baharu Covid-19 Terus Melonjak, 100 Kes Hari Ini

PUTRAJAYA – Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,559 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

“Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

“Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.


Justeru, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 295 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

“Ada tujuh kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 128 kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori